Sunday, 1 May 2011

SPORTS SCIENCE ASSIGNMENT 29/4/2011(submit by e-mail on Monday 2/5/2011)

soalan 1=Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi stabiliti..


(korang pandai-pandai la cari isi penting dalam ni)

 Kestabilan
 Definisi kestabilan
Terdapat pelbagai takrifan yang berkaitan dengan kestabilan, menurut Kamus Dewan edisi ketiga kestabilan dapat ditakrifkan sebagai perihal atau kedaan stabil (tidak berubah ubah, mantap, tenang). Walaubagaimanapun di sini kita ingin membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan kestabilan imbangan tubuhmanusia terutama dari perspektif kanak-kanak. Kestabilan juga turut dikenaliatau difahami sebagai keseimbangan. Maka kestabilan tubuh pula boleh dihuraisebagai kemampuan untuk mempertahankan pusat graviti pada tapak sokongan terutama pada posisi tegak. Menurut Gallahue (1993),Keseimbangan merujuk kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti. Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut
Prinsip-prinsip kestabilan
Keseimbangan adalah kemampuan untuk mempertahankan tubuh dalam posisi keseimbangan ketika dalam keadaan statik atau dinamik (bergerak), serta melibatkan aktiviti otot yang minima. Seterusnya keseimbangan juga boleh diertikan sebagai kemampuan relatif untuk mengawal pusat jisim tubuh (center of mass) atau pusat graviti (center of gravity) terhadap tapak sokongan (base of support).
Selain itu keseimbangan atau kestabilan melibatkan pelbagai gerakan pada setiap segmen tubuh dengan di sokong oleh sistem muskuloskleletal dan bidang tumpu. Kemampuan untuk menyeimbangkan jisim tubuh dengan tapak sokongan akan membuat manusia mampu untuk melakukan aktiviti secara efektif dan efisien. Keseimbangan terbahagi kepada dua iaitu;
a. Keseimbangan statik
Ialah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat gravitinyaberada setempat.
b. Keseimbangan dinamik
Ialah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat graviti diubah. Juga kebolehan mengekalkan kedudukan badan dalam keadaan teguh semasa melakukan pergerakan atau dalam keadaan diam.
Keseimbangan merupakan keadaan stabil dan tenang yang diperolehi apabila semua perubahan bahagian dikawal rapi. Sebagai contoh, putaran gasing yang tidak rebah tetapi berdiri dalam ketenangan kerana kuasa yang menarik dan menolak dikawal dengan sama rata. Keseimbangan, yang bagaikan keadaan tanpa gerakan kerana ketenangan adalah berbeza dengan tiada gerakan. Ia meliputi lebih banyak gerakan berbanding satu gerakan mudah, maka ia bukan ketenangan tetapi keseimbangan.
Oleh itu dapat difahami di sini bahawa lebih dekat garisan graviti berada di pusat tapak sokongan maka lebih stabil dan tapak sokongan yang lebih besar akan menjadikan seseorang itu berada dalam keadaan stabil. Sebagai contoh bayi yang berusia 4 hingga 6 bulan yang mula belajar duduk akan duduk dalam keadaan kaki berlunjur kehadapan. Hal ini kerana bayi memerlukan tanpa sokongan yang lebih besar bagi membantunya untuk duduk dengan stabil.
Tapak sokongan yang lebih dekat dengan pusat graviti mempengaruhi kestabilan
Tapak sokongan yang lebih besar mempengaruhi kestabilan

 Faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan
a. Pusat graviti (Center of Gravity-COG)
Pusat graviti terdapat pada semua objek dan benda, pusat graviti terletak tepat di tengah sesuatu objek atau benda tersebut. Pusat graviti adalah titik utama pada tubuh yang akan mengagihkan jisim tubuh secara merata. Apabila tubuh selalu disokong oleh titik ini, maka tubuh berada dalam keadaan seimbang. Pada manusia, pusat graviti berpindah mengikut arah atau perubahan berat. Pusat graviti manusia ketika berdiri tegak adalah berada tepat di atas pinggang diantara depan dan belakang vertebra sakrum yang ke dua. Darjah kestabilan tubuh dipengaruhi oleh empat faktor iaitu :
i. Ketinggian dari titik pusat graviti dengan tapak sokongan
ii. Keluasan tapak sokongan,
iii. Lokasi garis graviti dengan tapak sokongan
iv. Berat badan
b. Garisan gravitasi (Line of Gravity-LOG)
Garisan graviti merupakan garisan imaginasi yang berada vertikal melalui pusat graviti dengan pusat bumi. Hubungan antara garisan graviti, pusat graviti dengan bidang tumpu adalah menentukan darjah kestabilan tubuh.
c. Tapak sokongan (Base of Support-BOS)
Tapak sokongan merupakan bahagian tubuh yang berhubungan dengan permukaan tumpuan. Ketika garisan graviti berada tepat di tapak sokongan, tubuh dalam keadaan seimbang. Kestabilan yang baik terbentuk mengikut keluasan tapak sokongan. Semakin besar tapak sokongan, semakin tinggi kestabilan. Misalnya berdiri dengan kedua kaki akan lebih stabil dibanding berdiri dengan satu kaki. Semakin dekat tapak sokongan dengan pusat graviti, maka kestabilan tubuh semakin tinggi.


soalan 2= Huraikan peranan kestabilan kepada atlet Gimnastik

   (ni dalam bahasa Inggeris,so korang guna la Google Translate untuk tukar bahasa ke bahasa yag korang kehendaki.)


STABILITY
Stability is a quality relating to the degree to which a body resists being upset or moved. The major factors that affect a person's stability are:
a. the area of the base of support
b. the relation of the line of gravity to the edge of the base
c. the height of the center of gravity and
d. the mass of the person.


AREA OF THE BASE OF SUPPORT
The larger the base of support, the greater stability a person has. A person is more stable when standing on two feet than does a person standing on one.
Several structural characteristics of the human body relate to the base of support. Since the size of a person's feet is a factor in determining the area of the base, there is considerable individual variety. In a more complex manner, the size of the pelvis is a limiting factor. Whenever a stance is larger than the dimensions of the hips, the legs form an oblique angle to the surface. This position could be detrimental to stability if there is inadequate friction to keep the feet from sliding out. (Try a straddle position while standing on the ice!!)


RELATION OF THE LINE OF GRAVITY TO THE EDGE OF THE BASE
Increasing the horizontal distance between the line of gravity and the edge of the base enhances stability. If a higher degree of stability in all directions is desired, the performer should assume a stance with the line of gravity falling in the middle of the base.


HEIGHT OF THE CENTER OF GRAVITY

Lowering the center of gravity increases one's stability because it enlarges the distance the center of gravity must be raised before it falls outside the base. The height of the center of gravity varies with the age, gender and body build of the individual.
Generally speaking, the center of gravity of an adult standing erect lies within the pelvis. Because of the proportionally larger size of young children's heads compared to their bodies, their center of gravity tends to be higher. Also men tend to have higher center of gravity's than women due to relatively larger shoulder regions.


MASS
Mass is defined as the quantity of matter in a body. Stability is related to mass in that the greater the mass, the better the degree of stability. For a body to be moves, there must be sufficient force to overcome inertia and friction, both of which increase proportionally with an increase in mass.





No comments:

Post a Comment